Ahad, 13 Februari 2011

"valentine day"perlukah disambut?

Valentine day a.k.a hari kekasih? .Perlukah kita menyambutnya?
Tanyalah diri kita sendiri. Sebagai orang islam hari tersebut tidak termaktub didalam kelendar islam ataupun budaya kita. Jika dilihat, ramai remaja dan anak muda sekarang terikut-ikut akan budaya barat ini sebagai hari untuk mereka memadu kasih dan asmara tanda untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang..
Tetapi hakikatnya tanpa hari kekasih pun kita masih boleh menunjukkan kasih sayang kita pada insan yang kita kehendaki. Dalam setahun ada 365 hari tapi mengapa kita harus menunggu berbulan bulan lamanya semata-mata hanya menanti detik tanggal 14 februari untuk melafazkan dan menunjukkan rasa kasih sayang kita?? Itu persoalannya. Apakah sudah tiada hari atau tarikh lain? Oleh itu, para pemuda pemudi sekalian tetapkanlah hati sanubari kita supaya jangan mudah terpengaruh dengan hasutan duniawi kerana itu bukanlah cara dan budaya kita sebagai muslim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan